Kempen Bulan Kesedaran Barah Payu Dara (Pink October)

Kajang: Kempen Bulan Kesedaran Barah Payu Dara (Pink October) merupakan acara tahunan yang disambut di seluruh dunia. Pihak Pertubuhan Amal Mutiara Hospital Pakar KPJ Kajang mengambil inisiatif yang untuk menyebarkan maklumat mengenai bahaya kanser payudara kepada kaum wanita supaya mengamalkan hidup sihat.

Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk menyalurkan kepada kaum wanita mengenai kepentingan program saringan payudara di samping memberitahu bahawa satu pertiga daripada kes kanser payudara boleh dielakkan melalui program saringan yang berterusan

 “Untuk menggalakkan pemeriksaan awal payu dara, pihak hospital turut memberikan potongan harga istimewa dalam bentuk vaoucher dengan potongan 50% untuk ujian Mammogram kepada semua wanita. Kepada sesiapa yang berminat, mereka boleh mengunjungi Unit Pengimejan Hospital Pakar KPJ Kajang,” kata Puan Noor Haslina Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Kajang.

Kempen ini bukan sahaja mensasarkan kesedaran pepada golongan wanita, malah kami mahu golongan lelaki khususnya para suami untuk turut mempunyai pengetahuan mengenai gejala dan rawatan penyakit merbahaya ini.

“Para suami merupakan orang terdekat yang mampu memberi sokongan kepada isteri untuk melakukan pemeriksaan berkala,” ujar Pengerusi Pertubuhan Amal Mutiara KPJ Kajang, Nazri Hamdan.

Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober di peringkat hospital. Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk memupuk kesedaran tentang bahaya barah payu dara antaranya pemeriksaan asas kesihatan. Hasil wang kutipan dari pemeriksaan kesihatan ini akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Payudara Malaysia.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta dalam kempen ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila hubungi 03-8769 2816 atau 2920.