BAYI HARI MALAYSIA : IBU HARAP ANAK BERJIWA PATRIOTIK

KAJANG – Menyambut kelahiran cahaya mata pasti menjadi kenangan terindah buat pasangan suami isteri tetapi kelahiran si manja pada hari meraikan ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu, iaitu Hari Malaysia, pasti lebih bermakna.

“Kami gembira dan bangga apabila menerima kehadiran anak pertama hari yang bersejarah ini,” luahan Normila Adira Salleh, 23, di samping suami, Mohamad Shahrizam Hanapi, 31.

Mereka merupakan pasangan tunggal yang menerima kehadiran bayi sempena Hari Malaysia ke-51, 16 September di Hospital Pakar KPJ Kajang. Bayi telah disambut oleh Dr. Rasliza Ramli, Pakar Gynaecology.

Normila berkata, dia berharap agar anaknya akan menjadi seorang yang berjiwa patriotik berkhidmat untuk negara sama seperti bapanya yang merupakan seorang anggota polis. Bayi bertuah ini bakal diberi nama Muhamad Naufal Syafiq seberat 3.17 kilogram dilahirkan tepat jam 11.43 pagi.


Teruja..Normila Adira bersama Jururawat dan Ketua Perhubungan Awam dan Pemasan Hospital Pakar KPJ Kajang menyambut kelahiran bayi Hari Malaysia ke-51.