BAYI MERDEKA 2014


KAJANG 31 Ogos 2014. - Seramai 6 bayi merdeka selamat dilahirkan di Hospital Pakar KPJ Kajang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57, di sini hari ini.

Bayi pertama seberat 2.63kg telah dilahirkan pada jam 8.24 pagi iatu bayi lelaki yang merupakan anak kepada Puan Nadirah Kamarul,25 tahun. Puan Anis Syarmiza Ibrahim, 28 tahun telah selamat melahirkan bayi kedua merdeka yang merupakan bayi perempuan seberat 3.59kg pada jam 8.44 pagi.

Turut melahirkan bayi pada hari yang bersejarah ini adalah Puan Norhaslizan Ghadzali, 35 tahun, Puan Siti Natrah Zainal, 30 tahun, Nor Nadia Mohd Sahar, 26 tahun dan Intan Azreen Mohd Amin, 25 tahun.

Kesemua bayi telah disambut oleh pakar Obstetrics and Gynaecology, Dr. Rasliza Ramli. Dilaporkan ibu dan anak-anak merdeka ini berada dalam keadaan baik dan sihat. Terpancar perasaan gembira dan teruja di muka ibu-ibu yang bertuah ini.

Kegembiraan ini turut dikongsi oleh pihak pengurusan dan kakitangan hospital dengan pemberian hamper dan kad ucapan kepada keenam-enam bayi tersebut.


Teruja...Kakitangan Hospital Pakar KPJ Kajang bersama ibu dan anak-anak merdeka.