PROGRAM PENGEDARAN BUBUR LAMBUK

PENGEDARAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN


3 July 2014 – Sempena dengan Bulan Ramadan Al Mubarak, Hospital Pakar KPJ Kajang telah mengadakan Program Pengedaran Bubur Lambuk pada 3 Julai 2014 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435H dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi. Program ini sebenarnya merupakan salah satu program tahunan dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat. Berbeza tahun sebelumnya, bubur lambuk kali ini telah disediakan oleh kakitangan Hospital Pakar KPJ Kajang sendiri.

     Jawatankuasa yang terlibat telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi di perkarangan hospital untuk kerja-kerja persediaan memasak dan pembungkusan. Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Noor Haslina Harun turut bersama-sama dalam menjayakan program ini.

    “Saya melihat program ini bukan sahaja dapat mendekatkan pihak hospital dengan orang ramai malah ianya juga dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara kakitangan” katanya.

    Sebanyak 1000 bungkus telah berjaya diedarkan kepada orang awam, pesakit dan kakitangan Hospital Pakar KPJ Kajang. Pada kali ini, buat pertama kalinya bubur lambuk ini turut diedarkan kepada pengguna lebuhraya Grand Saga di Batu 11, Cheras yang bermula pada jam 3.00 petang.








Disediakan Oleh :

Norwahida Mokhtar
Eksekutif Perhubungan Awam dan Pemasaran