Contact KPJ Kajang Specialist Hospital Call: 03-8769 2999 Contact Us Online Request an Appointment

SOALAN PEDIATRIK VOL 3 OLEH DR. NORMAHANI HARUN (PAKAR KANAK-KANAK)

01-05-2014



Beberapa bulan lepas saya telah mula memberikan makanan pejal untuk bayi saya yang berusia tujuh bulan dengan mencampurkan bijirin bersama dengan susu ibu sebanyak empat kali sehari. Minta nasihat doktor sama ada campuran bijirin dan susu ibu dapat memenuhi keperluan nutrisi bayi saya?

Makanan pelengkap diperlukan apabila bayi berumur cukup 6 bulan. Ini penting kerana susu ibu sendiri sudah tidak mengcukupi dari segi kandungan nutrisi untuk tumbesaran dan perkembangan bayi tersebut. Makanan pelengkap mestilah mengikut gizi makanan yang seimbang yang menagndungi protein, karbohidrat, mineral, sayur dan air. Makanan itu boleh di ambil dalam bentuk bubur nasi yang dikisar atau bijiran untuk bayi(jenis beras) beserta buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar. Jumlahnya sebanyak 2-3 sudu besar untuk setiap hidangan dan sebanyak 2 kali sehari dengan diselangi penyusuan ibu yang kerap.  

Beberapa minggu lepas, saya telah membawa anak saya ke hospital apabila mendapati rataan ruam berwarna merah jambu dan merah yang agak kasar untuk disentuh pada tubuhnya. Pipinya juga berwarna merah sementara di sekitar bahagian mulutnya pula pucat. Saya menyangkakan yang anak saya telah mendapat demam Scarlet. Minta nasihat doktor mengenai simptom demam Scarlet dan langkah-langkah mengatasinya.

Demam Scarlet mesti mempunyai suhu badan yang tinggi, kelihatan letih dan tidak bermaya. Suhu badan adalah terlalu tinggi. Mereka mempunyai ruam pada keseluruhan badan bermula dipipi dan leher seperti sunburn yang teruk tetapi meninggalkan kawasan yang putih atau clear di sekitar mulut. Jika ditekan dikawasan yang mengalami ruam, kesan warna putih atau pucat akan kelihatan. SeteIah seketika, ruam akan kelihatan semula di tersebut. Pada hari keenam, ruam mula berubah warna dan kulit mula bersisik atau peeling. Puan perlu membawa anak berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan dan antibiotik serta pelembab untuk mengurangkan kerengasangan pada kulit dan menggelupas. Anak puan mungkin tidak mengalami penyakit di atas jika beliau tidak mempunyai suhu badan yang tinggi. Ianya mungkin ruam yang disebabkan oleh alahan.

Bayi lelaki saya kini telah berusia setahun setengah dan mengalami pertumbuhan rambut yang normal. Walau bagaimanapun, sejak beberapa minggu yang lepas saya mendapati hujung rambutnya bercabang, berbuah, pecah serta kering sehinggakan mengalami keguguran rambut yang teruk. Adakah keguguran rambut seperti ini sesuatu yang normal bagi bayi atau anak kecil?

Ya. Ianya bersifat sementara terutama jika anak puan baru mengalami sakit yang teruk atau demam yang lama. Semasa anak puan mengalami keadaan di atas, banyak nutrisi badan digunakan. Dan tumpuan adalah terhadap anggota badan yang tertentu. Rambut serta kuku adalah antara anggota badan yang kurang penting dan dalam keadaan tegang, nutrisi ke kawasan ini akan berkurangan dan menyebabkan masalah-masalah di atas.


Bagaimanakah saya dapat mengajar anak kecil saya daripada kencing malam setelah memberhentikan pemakaian lampin pakai buang serta cara-cara mengajarnya untuk  membuang air kecil di tandas?

Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik. Ianya selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak. Ianya memerlukan kesabaran dan jangkamasa tertentu yang konsisten. Yakin pada diri sendiri akan bertambah apabila mereka dapat mengawal kencing dan kering serta bersih sepanjang hari. Biasanya mereka sudah boleh diajar apabila umur mereka di antara 2 hingga 2 setengah tahun. Paling lewat apabila mereka berumur 4 tahun. Ini bagi kanak-kanak yang normal. Caranya adalah dengan mengenal pasti kekerapan kencing melalui pemerhatian terhadap lampin yang digunakan. Puan boleh membuat jadual masa lampin yang dipakai mulai basah. Apabila telah mendapat kemungkinan jarak masa di antara satu kencing dengan kencing selepas itu, bolehlah puan menjangkakan masa yang diambil. Biasanya pada peringkat awal mereka mengambil masa 2 hingga 3 jam diantara kencing. Untuk rujukan, puan boleh merujuk portal my health di bawah tajuk latihan ke tandas.

Back