Contact KPJ Kajang Specialist Hospital Call: 03-8769 2999 Contact Us Online Request an Appointment

SOALAN PEDIATRIK VOL 2 OLEH DR. NORMAHANI HARUN (PAKAR KANAK-KANAK)

01-01-1970


1)      Dahulu anak lelaki saya berusia dua tahun alergi dengan susu formula dan saya telah menggantikannya dengan susu berasaskan soya. Jadi saya ingin bertanya kepada doktor bilakah masa yang sesuai untuk saya menukarkan kembali kepada susu formula atau saya patut sahaja meneruskan dengan susu soya?

Pertama sekali doktor ingin tahu apakah ujian darah telah dilakukan untuk memastikan bahawa anak puan memang mengalami allergi susu formula berasaskan susu lembu atau ianya adalah andaian disebabkan simptom-simptom tertentu. Biasanya kanak-kanak ini boleh dicuba untuk menukarkan kembali kepada susu formula selepas berumur 1 hingga 2 tahun. Tidak salah jika puan ingin memeruskan anak puan dengan susu yang berasaskan soya kerana kandungan zat, kalori, trace elemen yang tedapat di dalam susu adalah mengikut piaiwan yang ditetapkan oleh FDA dan memenuhi keperluan tumbesaran yang diperlukan anak.

Jika puan bertekad untuk menukarkan dengan susu lembu, pastikan susu yang dipilih adalah jenis hypoallygernic milk. (HA). Susu ini mengandungi susu lembu yang telah diproses proteinnya supaya alahan kurang berlaku.

     2)      Anak saya berusia lapan bulan dan kini sedang mengalami fasa tumbuh gigi. Apakah menu yang sesuai untuknya?

Teething and teeth eruption adalah satu fasa yang amat sakit bagi kanak-kanak. Semasa fasa tersebut berlaku kita sebagai ibu hendaklah memastikan makanan yang disediakan dalam bentuk separa hadam seperti bubur. Ini dapat menolong kanak-kanak supaya mereka tidak perlu menguyah lama dan ini akan mengurangkan kesakitan. Aiskrim atau bahan makanan yang disejukkan boleh juga menolong gigi dan gusi kanak-kanak tersebut.

     3)      Anak saya sering mengalami masalah selesema. Jika sembuh pun hanya sekejap sahaja dan kembali selesema. Saya sudah bawa berjumpa dengan doktor dan berikan ubat tapi tidak juga membantu. Saya sudah tidak tahu hendak buat macam mana lagi – Iris Delisha.

Jika anak puan berumur lebih daripada 3 tahun, kemungkinan dia mengalami masalah alahan hidung. Oleh yang demikian, anak puan memerlukan ubat antihistamin (ubat selsema) dan juga nasal steroid spray. Ubat antihistamin tersebut perlu diambil untuk satu jangkamasa yang pendek contohnya selama satu minggu manakala ubat spray hidung yang mengandungi steroid tersebut perlu digunakan setiap hari sehingga habis. Puan tidak perlu risau tentang kandungan steroid di dalam spray tersebut kerana ia adalah dalam dos yang selamat.

     4)      Sekiranya anak mengalami alergi terhadap makanan seperti telur dan susu, bagaimana cara untuk mengubatinya? Apakah pula makanan gantian yang dibolehkan?  – Nur Ziela.

Jika puan menyusukan anak puan dengan susu ibu sepenuhnya masalah alahan susu tidak mungkin berlaku. Tentang alahan kepada telur, puan hendaklah memastikan apakah anak puan allergi kepada kedua jenis telur iaitu bahagian kuning dan putihnya atau sebahagiannya sahaja. Jika anak puan allergi kepada keduanya, elakkan pengambilan makanan yang mengandungi telur. Gantikan protein tersebut dengan protein yang lain seperti ikan, daging atau ayam. Puan bolehlah merujuk kepada piramid makanan untuk pertukaran tersebut. Untuk masalah alahan susu, jenis susu yang mengakibatkan alahan perlu dikenalpasti iaitu sama ada susu lembu atau susu soya. Puan boleh memberi jenis susus yang tidak tidak mendatangkan alahan kepadanya.

     5)      Doktor, saya perasan bayi saya apabila menangis dengan kuat nafasnya terhenti dan menyebabkan mukanya kebiru-biruan. Keadaan ini boleh menyebabkan saya dan suami menjadi panik. Bagaimana saya ingin mengatasinya? – Ernie

Keadaan ini dinamakan ‘breath holding attack’. Ianya boleh berlaku diantara umur 6 bulan sehingga 6 tahun. Serangan ini biasanya terjadi kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah dan jika ada anak-anak yang lain di dalam keluarga tersebut pernah mengalami masalah yanag sama semasa kecil. Keadaan ini boleh dijangka dan di halang daripada berlaku dengan melakukan distraksi seperti menukar topik atau kedudukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakkan ‘breath holding attack’ hilang apabila mereka berumur 5 tahun ke atas.

Back