Contact KPJ Kajang Specialist Hospital Call: 03-8769 2999 Contact Us Online Request an Appointment

SOALAN PEDIATRIK - DR. NORMAHANI HARUN

01-01-1970

1)      Anak saya berumur tiga bulan dan saya ada terdengar tentang AEFI (Adverse Events Following Immunization) atau bermaksud kesan sampingan selepas imunisasi. Selepas mendengar tentang perkara ini saya berasa keliru dengan pengambilan vaksin ke atas anak saya. Bagaimana saya hendak tahu anak saya sesuai dengan vaksin tersebut? Boleh doktor jelaskan sedikit.

Adverse events following vaccination atau bermaksud kesan sampingan selepas immunisasi biasanya jarang berlaku. Risikonya kecil dan kebanyakkannya adalah risiko biasa seeperti demam atau ruam disekitar kawasan yang disuntik. Kesan yang teruk boleh berlaku jika kanak-kanak tersebut mengalami faktor immunity yang kurang( disebabkan sakit tertentu seperti leukemia dan sedang di dalam rawatan kemoterapi, atau HIV).

2)      Saya melahirkan anak ketiga pada usia tujuh bulan. Kemudian doktor menyarankan supaya kami melakukan ujian pemeriksaan ke atas anak saya dengan mengambil sampel air tulang belakang. Boleh doktor terangkan tujuan ia diambil kerana saya masih tidak jelas tujuan sebenarnya. Adakah anak saya akan mengalami kesan sampingan semasa dia membesar?

Biasanya saranan itu adalah bertujuan untuk mengetahui jika anak puan mengalami jangkitan kuman tertentu atau dikatakan sepsis atau radang pada lapisan otak. Pengambilan air tulang belakang tidak mendatangkan kemudharatn jika anak puan tidak mengalami tekanan di otak yang tinggi atau jangkitan kuman disekitar kawasan yang hendak disuntik. Tiada kesan sampingan semasa anak puan membesar. Kesan yang berlaku mungkin disebabkan jangkitan kuman yang telah berlaku pada selaput otak.

3)      Benarkah ibu yang mengalami darah tinggi semasa hamil cenderung melahirkan anak yang bersaiz kecil? Adakah saya perlu melakukan rawatan khusus kepada anak selepas melahirkannya?

Ya, jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik. Tekanan darah ibu yang tinggi menyebabkan pengaliran darah melalui tali pusat terganggu dan ini akan merencatkan bekalan darah yang mengandungi kaya dengan nutrisi kepada bayi tersebut. Akibatnya bayi tidak mendapat bekalan nutrisi yang sepatutnya dan mengakibatkan tumbesaran janin terbantut. Saiz bayi adalah kecil daripada yang sepatutnya dan dipanggil SGA ‘small for gestational age’.

4)      Saya ada anak berusia enam tahun. Setiap kali dia demam, dia akan mengadu sakit-sakit sendi. Adakah anak saya mengalami sindrom viral myositis? Bolehkah doktor jelaskan terperinci tentang hal ini.

Viral myositis ialah serangan jangkitan kuman pada otot-otot dan sendi-sendi. Ianya bersifat sementara dan akan beransur baik apapbila penyakit beransur sembuh. Tetapi jika penyakit sendi berulang dan anak puan mempunyai simptom-simptom yang lain seperti keguguran rambut, lebam-lebam pada kulit, ruam pada muka seperti bentuk butterfly , mulut yang sentiasa mengalami ulser, bawalah anak puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lanjut.

5)      Saya baru melahirkan bayi lebih kurang tiga minggu lalu. Saya perasan mata bayi saya sering mengeluarkan tahi mata. Adakah ia berbahaya dan bagaimana hendak merawatnya?

Tidak bahaya, cuma ianya perlu dirawat. Susu ibu boleh digunakan untuk merawat mata bayi yang bertahi. Disamping itu puan perlu melakukan urutan atau massage dari tepi mata ke arah hidung. Ini keran mata bertahi menyebabkan liang salur air mata ke hidung tersumbat. Dengan melakukan urutan, lama kelamaan liang itu akan terbuka. Jika dengan rawatan tersebut mata bayi puan masih lagi bertahi, puan perlulah berjumpa doktor untuk pengambilan ubat titis atau oilment.

 

 

 

Back